Little Pink Studio - Wedding Rental

Little Pink Studio - Wedding Rental

Tabung Kecemasan

Jangan Lupa Follow Blog MAMA ye!!!!!

Sabtu, 10 November 2012

Bagaimana pakaian terpakai atau BUNDLE di proses ?




Kalau di barat, mereka mempunya 1 container yang dikhaskan untuk mendermakan pakaian-pakaian yang sudah tidak mahu digunakan kepada kebajikan. Faktor negara 4 musim juga mungkin menjadi penyebab mengapa mereka sering bertukar kepada pakaian-pakaian baru dan terus membuang pakaian-pakaian lama. Selalunya, jika kita melihat kepada pakaian bundle, banyak yang masih elok dan sesetenganya masih mempunyai tag harga.


Kemudian, container ini ditimbang dan dibeli oleh syarikat pengkelasan. Syarikat ini membayar kepada pihak kebajikan dengan harga per kg. Dengan ini, pihak kebajikan tidak akan menggunakan pakaian itu kepada mereka sendiri malah mereka mendapat sejumlah wang untuk aktiviti kebajikan. Pakaian itu kemudian dibawa ke kilang untuk proses pemilihan. Contohnya, seluar akan diletakkan di dalam tong seluar dan baju akan diletakkan di dalam tong baju.


Proses pemilihan kedua berlaku apabila pakaian-pakaian ini dikelaskan mengikut brand.



Pakaian-pakaian ini kemudian di export kepada negara-negara lain untuk proses penjualan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...